Friday, December 4, 2015

Sayang & hati (diskusi 3 & 4.12.15)

Mari kita semak balik diri kita, bgmana kita melihat persepsi KEBAIKAN itu.
Sememangnya sukar HATI kita utk terus berbuat kebaikan kpd mrk yg tidak berbuat baik kpd kita kan...hati pasti sentap!! KECUALI hati org yg benar2 beriman kpdNya.

Semoga Allah swt memilih kita utk terus istiqamah dlm membawa kebaikan ini, duduk pd kebaikan walau apa jua situasi yg mendatang. Amin.

"Perjalan KEBAIKAN ini adalah bermula dr dalam HATI iaitu dgn membersihkannya drpd NAFSU2 amarah DUNIA yg berupa BANGKAI yg tidak boleh duduk didalam HATI..kerana HATI akan mnjadi BANGKAI yg busuk maka akan terzahirlah busuk hati..."

Kita sering dpt melihat keburukan org lain sdgkan itulah cerminan diri kita...maka berhati2 dlm penglihatan jgn smp terkeluar ayat2 keburukan krn ianya seumpama  "menepuk air di dulang akhirnya terpercik ke muka sendiri"

 Check HATI check HATI....di mana HATI? Bgmana HATI? Hati yg sihat akan stiasa berhubung dgn Allah swt dan hubungan yg baik pasti akn membawa kpd hubungan dgn manusia yg baik... Pastikan kalimah Allah benar2 berada di Hati bkn di bibir...

Hati yg bersangka, Hati yg mudah melatah, Hati yg tidak berbaik dgn manusia adalah Hati yg rosak....

Allah menyediakan 2 jalan iaitu Jalan Ketakwaan dan Jalan Kefasikan...beruntunglah mrk yg menyucikan dan rugilah mrk yg mengotorinya. Allah tentukan baik dan buruk tetapi kita juga akn mengusahakan ke arah baik dan buruk itu. Tetapi ramai yg berusaha utk dunia maka duduklah mrk dlm kefasikan.  Atas kembali kpd Iman, Ketaqwaan, Kebaikan semuanya kita letakkan pd Allah yg mana kebanyakkan manusia menjadikannya alasan utk berubah menjadi baik.

Walk the Talk....berdakwahlah melalui akhlak yg baik bukan hanya tahu bercakap baik....

Pegang amanah dgn sebenar2 hati yg bersih....TIADA SANGKAAN pd Urusan Allah yakni TIADA SANGKAAN pd manusia atau makhluk Allah swt...

Nak tahu HATI kita ni BAIK atau BERSIH....jumpa dgn org yg bermusuh dgn kita dan MINTA MAAF...jika kita.boleh lakukan maka TAHNIAH kita sudah memiliki HATI YG BAIK

Dan HATI yg stiasa MELIHAT kebaikan org lain wpun dia melakukan keburukan ke atas kita maka itulah tanda HATI KITA BAIK...

Peringatan Allah dalam AlQuran:
''Dan sesungguhnya Kami ciptakan untuk (isi neraka jahanam) kebanyakan dari jin dan manusia. Mereka mempunyai hati tapi
tidak dipergunakan untuk memahami (ayat-ayat Allah), mempunyai mata tidak dipergunakan untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), mempunyai telinga tidak
dipergunakan untuk mendengar ayat-ayat Allah, mereka itu seperti binatang ternak, bahkan lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai''. (Al-A'raf:179)

Jemaah yg dirahmati ALLAH sekalian...
Sebesar mana dan sekecil apa yg kita ADA sekarang adalah bermulanya dengan kita yg TIADA apa apa dahulu.
Hakikatnya ADA lawan nya TIADA
ADA itu adalah sifat ALLAH
Tiada itu adalah sifat makhluk
Maka pada ketika saat ini tiada sesiapa pun yg mampu mempertahankan apa yang ADA ketika ini..
Harta benda,perniagaan,anak pinak,suami isteri,pangkat jawatan dan segala yg berkaitan yg manusia ADA..maka akhirnya binasa jua..

(Jangan engkau bimbang wahai Muhammad) biarkanlah Aku sahaja membalas orang (yang menentangmu) yang Aku ciptakan dia (dalam keadaan) seorang diri (tidak berharta dan anak pinak),
(Al mutdassir : 11)

Hati bermula SAKIT apabila cuba memakai sifat yg ADA kepada diri..maka kesakitan akan mula diberikan malah ditambah2kan lagi...

Dalam hati mereka (golongan yang munafik itu) terdapat penyakit (syak dan hasad dengki), maka Allah tambahkan lagi penyakit itu kepada mereka; dan mereka pula akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya, dengan sebab mereka berdusta (dan mendustakan kebenaran).
(Albaqarah : 10)

Itulah penyakit hati yg mana ALLAH tidak katakan kepada org kafir..tetapi kepada org munafik..iaitu munafik ini org ISLAM yg berdusta dgn kebenaran yg HAKIKI..
Maka rata rata hari ini..ramai islam..tetapi
SYAK(sangkaan)
HASAD DENGKI
Masih ada malah ditambah lagi oleh ALLAH kerana apa
Kita MUNAFIK!!!!
Kerana apa MUNAFIK????
Kerana mendustakan ALLAH...
Suatu ketika dahulu manusia sudah bersumpah bahawa segala yg ada adalah HAK ALLAH..
Yg kita mahukan hnya ALLAH..
Tetapi apabila sampai di DUNIA....yg kita mahukan adalah
DUNIA...DUNIA...DUNIA...
DUNIA......DUNIA....
maka berlakulah syirik KAHFI....syirik yg tersembunyi...

Mengaku ADA...mengaku Ada...mengaku ADA..kerana nama kita yg ada pada segala HARTA benda itu...sedangkan...wujudnya nama kita juga kerana adanya SIFAT ALLAH YG MAHA ADA...
Wallaua'lam...

..tidak semudah cakap tetapi jika kita benar2 tidak mahu dunia tp hanya mahukan Allah maka Allah yg akn bantu kita utk bersihkan hati...kena stiasa beristighfar agar Allah ampuni kita pd setiap saat.

Allah hanya nak tgk kesungguhan kita utk kembali pdNya....hati yg bercampur baur dgn hal2 dunia mmg susah sikit .

Jika hati masih mencintai yg lain melebihi mencintai Allah pasti hati akn bolak balik...

Contoh: sygkan pasangan melebihi Allah...sygkan ank melebihi Allah...sygkan harta benda melebihi Allah...sygkan kerjaya melebihi Allah...sygkan kehidupan melebihi Allah...MAKA tunggulah HATI yg akan dikacau bilaukan.

Bila hati diminta Allah utk buang rasa dunia bkn suruh tinggalkan apa yg ada tetapi apa pandangan yg ada masih melihat fizikalnya bukan melihat di sebalik fizikalnya...

Sbb tu kaedah membaca dgn nama Tuhan pd setiap kejadian adalah kaedah yg sgt berbisa...yg dpt membawa kita ke dunia yg penuh dgn kenikmatan seakan berada di dlm.sebuah syurga....

 Peringatan Allah dalam AlQuran:

''Dan sesungguhnya Kami ciptakan untuk (isi neraka jahanam) kebanyakan dari jin dan manusia. Mereka mempunyai hati tapi
tidak dipergunakan untuk memahami (ayat-ayat Allah), mempunyai mata tidak dipergunakan untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), mempunyai telinga tidak
dipergunakan untuk mendengar ayat-ayat Allah, mereka itu seperti binatang ternak, bahkan lebih sesat lagi.
Mereka itulah orang-orang yang lalai''. (Al-A'raaf)

Matahari hati tidak terbenam tapi ditutup awan kelabu menyebabkan hati kelam lalu menjadi hitam legam

Sayidina Ali karramallahu-wajhah pernah berpidato suatu masa, katanya:

Ketahuilah, bahawa kamu semua akan mati, dan dibangkitkan sesudah mati. Kamu akan ditanya dari hal amalan-amalan kamu dan akan dibalas terhadap kesemuanya, maka jangan sampai kamu diperdayakan oleh kehidupan dunia kerana yang demikian itu diserikan dengan berbagai-bagai bala bencana yang tetap akan menarik kamu kepada kebinasaan.

Semua yang ada pada dunia itu adalah tipudaya semata dan dia akhirnya akan hilang lenyap, bila dia berada denganmu dia adalah penuh tipu muslihat, kesenangannya tidak kekal, dan tiada seorang pun akan selamat dari kejahatannya. Sementara penghuninya dalam keadaan gembira dan sukacita tiba-tiba ditimpa bahaya dan bencana, hal-ehwalnya berubah-ubah tidak tetap, kehidupannya tercela dan kemewahan di dalamnya mempunyai cita-cita yang tak menentu maka dunia akan melemparnya dengan anak panah lalu membinasakannya. Semua orang akan mati mengikut takdir dan ketentuan, tidak lebih dan tidak kurang.

 Berkata Sayidina Ali a.s:

"Aku berpesan kepada kamu supaya banyak bertaqwa kepada Allah dengan membelakangi dunia yang akan meninggalkan kamu meskipun kamu tidak mudah untuk meninggalkannya. Dunia akan menghancur-luluhkan tubuh kamu sedang kamu terus ingin memperbaharuinya."

Berkata Sayidina Ali a.s:
"Dunia itu adalah seumpama ular, lembut sentuhannya, tetapi bisanya mematikan, maka berpalinglah anda dengan menjauhkan diri dari semua sesuatu yang menimbulkan kekaguman anda padanya (dunia) kerana (akan menjadi) sedikit sesuatu yang menyertai anda dari (bahaya) dunia itu."

Dinukilkan dalam sebuah kitab, seorang raja dihadiahkan orang sebuah piala minuman bertatahkan permata fairuz. Piala itu sangat cantik dan amat berharga. Raja sangat gembira menerima hadiah itu. Apabila seorang hukama datang berjumpa dengannya, raja itu bertanya kepadanya mengenai piala tersebut. Hukama itu berkata, "Aku tidak lihat apa-apa dari piala itu kecuali bala dan fakir." Raja tercengang dan berkata, "Mengapa kamu berkata begitu?" Hukama itu menerangkan, "Kalau piala itu pecah, sudah tentu ia tidak boleh dibaiki lagi dan hati menjadi susah atas bala yang menimpa. Kalau ia dicuri orang, tuanku akan bersedih atas kehilangan itu dan berasa seperti fakir. Bahkan sebelum tuanku dapat piala ini, tuanku tidak ada rasa apa-apa bahkan senang dengan keadaan begini, tetapi selepas ada piala ini, jika berlaku kehilangan tentu tuanku berasa amat sedih." Selang beberapa bulan, piala yang disayangi raja itu pecah berkecai. Raja itu menjadi sangat sedih dan hampa atas kehilangan piala itu. Dia kembali berjumpa hukama itu dan mengaku atas kebenaran kata-katanya. Kisah ini jelas membuktikan bahawa harta dunia yang kita sayangi tidak memberi apa-apa makna di dunia kecuali kesusahan dan kemiskinan. Bahkan dirasakan amat berat untuk meninggalkan harta itu semasa roh hendak kembali berjumpa Allah.


Kata ustaz: "Allah nak berikan yg bernilai mesti ada pertukaran...!!! "

Kita nak itu nak ini tapi apa yg Allah minta ramai yg tak sanggup lakukan, sayang nak melepaskan..!!!

Hidup pasti terseksa dan diseksa apabila hakmilik Allah tetapi mengaku hakmilik kita...!!!!  Contoh: Sayang itu hakmilik Ya Rahman tetapi kita mengaku sayang itu dari kita, milik kita.
Kaya itu hakmilik Ya Ghawny tetapi kita mengaku kaya itu dari kita, milik kita.
Sbb tu ramai yg bergaduhan sesama sendiri malah tak kurang berbunuhan krn berebut kasih sayang.
Ramai yg resah, serabut dan stress krn mengaku kaya itu dia yg punya.
Allah tarik nikmat atas pengakuan itu....Allah seksa hati atas ketamakan itu...

Abdullah bin Mas’ud berkata, “Nabi saw bersabda, “TIDAK boleh IRI HATI kecuali pada dua hal, yaitu seorang laki-laki yang diberi harta oleh Allah lalu harta itu dikuasakan penggunaannya dalam kebenaran, dan seorang laki-laki diberi hikmah oleh Allah di mana ia memutuskan perkara dan mengajar dengannya”.
(Bukhari)

Baca dan faham betul2....tidak boleh irihati pd hal2 lain kecuali atas 2 hal itu sahaja.
Suami tidak blh irihati pd isteri, isteri tidak blh irihati pd madu2nya, rakan perniagaan tidak blh irihati pd pesaing dan irihati pd hal2 dunia.....

Monday, November 30, 2015

Caratan 30.11.15

Hasan Basri pernah ditanya:
Apa rahsia zuhudmu di dunia ini?

Lalu Beliau menjawab:

"Aku tahu rezekiku tidak akan diambil orang lain, kerana itu hatiku selalu tenang.

Aku tahu amalku tidak akan dikerjakan orang lain, kerana itulah aku sibuk beramal soleh.

Aku tahu ALLAH Ta'ala selalu memerhatiku, kerana itulah aku malu jika ALLAH melihatku sedang dalam maksiat.

Dan aku tahu kematian itu sudah menungguku, kerana itulah aku selalu menambah bekal untuk hari pertemuanku dengan Allah swt.

Kata Syeikh Malik bin Abdullah;

"Orang yg sampai ke hujung perjalanannya, akn merasai FANA' dirinya dan BAQA' dgn ALLAH SWT yg meliputi segala2nya. Barulah dia sedar bhw dirinya KOSONG dan TIDAK ADA...yang ADA sebenarnya ALLAH TAALA saja.

"Biar kita hilang apa saja di dunia ini asal kita jgn hilang Allah di dalam hati"

Hati yg ada dunia pasti akn ditundukkan oleh nafsu (dunia).. Tetapi hati yg ada Allah pasti akn dpt menundukkan nafsu (dunia).

Jika benar kita mengaku Allah ada...tentu kita tidak akn didekati dgn kesusahan dan kesedihan.

Pengenalan blog

Blog ini dicipta khusus untuk menhimpunkan diskusi tentang iman dan amal oleh ahli-ahli kumpulan Whatsapp Jalan Mengenal Allah.  Saya dapati banyak perkongsian dan perbincangan amat bermanfaat. Saya rasa amat sayangkan penulisan ahli kumpulan yang berusaha untuk tingkatkan iman dan amal.

Justeru, malam ini datangnya idea untuk menyimpan koleksi perbincangan di sini semata-mata untuk rujukan saya sendiri yang masih lemah iman & amal.

Saya mohon maaf atas jika ada sebarang kekurangan pada blog ini.

Semoga saling memanfaatkan.