Monday, November 30, 2015

Caratan 30.11.15

Hasan Basri pernah ditanya:
Apa rahsia zuhudmu di dunia ini?

Lalu Beliau menjawab:

"Aku tahu rezekiku tidak akan diambil orang lain, kerana itu hatiku selalu tenang.

Aku tahu amalku tidak akan dikerjakan orang lain, kerana itulah aku sibuk beramal soleh.

Aku tahu ALLAH Ta'ala selalu memerhatiku, kerana itulah aku malu jika ALLAH melihatku sedang dalam maksiat.

Dan aku tahu kematian itu sudah menungguku, kerana itulah aku selalu menambah bekal untuk hari pertemuanku dengan Allah swt.

Kata Syeikh Malik bin Abdullah;

"Orang yg sampai ke hujung perjalanannya, akn merasai FANA' dirinya dan BAQA' dgn ALLAH SWT yg meliputi segala2nya. Barulah dia sedar bhw dirinya KOSONG dan TIDAK ADA...yang ADA sebenarnya ALLAH TAALA saja.

"Biar kita hilang apa saja di dunia ini asal kita jgn hilang Allah di dalam hati"

Hati yg ada dunia pasti akn ditundukkan oleh nafsu (dunia).. Tetapi hati yg ada Allah pasti akn dpt menundukkan nafsu (dunia).

Jika benar kita mengaku Allah ada...tentu kita tidak akn didekati dgn kesusahan dan kesedihan.

Pengenalan blog

Blog ini dicipta khusus untuk menhimpunkan diskusi tentang iman dan amal oleh ahli-ahli kumpulan Whatsapp Jalan Mengenal Allah.  Saya dapati banyak perkongsian dan perbincangan amat bermanfaat. Saya rasa amat sayangkan penulisan ahli kumpulan yang berusaha untuk tingkatkan iman dan amal.

Justeru, malam ini datangnya idea untuk menyimpan koleksi perbincangan di sini semata-mata untuk rujukan saya sendiri yang masih lemah iman & amal.

Saya mohon maaf atas jika ada sebarang kekurangan pada blog ini.

Semoga saling memanfaatkan.